Friday, August 25, 2017

Perth 2017 :: Auni's first overseas trip

Assalamualaikum,

Woww!! What a surprise to get an update from myself? haha. It has been decades since I last wrote a new post here. Tapi I rasa kali ni kenaaaa jugak update sebab rasa rugi sangat kalau tak record apa-apa memory kat dalam ni. I always imagine nanti bila Auni besar, and dah pandai baca, I nak suruh dia baca semua cerita yang I tulis dalam ni sebab kadang-kadang tak semua benda kita dapat ingat kan? Lagi pulak kita taktau sampai mana umur kita, sekurang-kurangnya dalam ni ada jugak kenangan yang boleh kita tinggalkan for future reading. Alamak, emo sikit. *Tears*.

So anyway, let's get back to business. Since this was Auni's first overseas trip, I think it deserves a post in Ummi's blog. So Auni, if you happen to read this one day, Ummi and Babah carefully arranged this trip for us, you might not remember anything, but hopefully by looking at all the photos, you will know how meaningful this vacation was for us.

Okay first of all, why Perth? It was simply because I miss Australian winter!! hahaha. Selfish punya mak. Konon nak prepare trip untuk anak. Rupa-rupanya ada agenda tersembunyi. hahaha. No lah, The main reason was because Perth dekat, and tambang murah! Flight dalam 5-6 jam je, so sesuai la untuk plan bawak an infant for the first time. That's the main reason. Yang lain-lain tu lebih kepada I yang mengada-ngada nak balik kampung Australia tercinta. :p

There was a hiccup in the beginning of our journey, but let's skip that part. Not worth to be remembered at all. So, to cut it short, our journey started on Sunday, 13th of August 2017. We flew to Perth via Malaysia Airlines, and Auni slept for 3 hours straight (more than half of the journey). Pheww. Lega sangat sebab I rasa nervous gila masa nak bawak Auni naik flight takut dia tak selesa, menangis ke apa. Alhamdulillah we survived.

Auni in her bassinet. Walaupun kaki terjulur tapi cukup selesa.
Cuma masa turbulence memang kena angkat pakaikan seatbelt.

Bila sampai je airport Perth, I was like, mannn, I really miss this country! Mana tak nya, dekat 5 tahun kot I duduk Aussie, bila ada peluang datang balik I rasa macam happy gila. Sebijik rasa macam keluar dari arrival door dekat airport Sydney. Dengan angin malam yang sejuk and nyaman, weather in Perth was very perfect, just like what I secretly hoped for. It was very sunny, and very windy as well. Sejuk angin winter tapi lawan dengan matahari yang terik, memang best sangat!

Beg roda takmo kalah.
Habis dia pusing semua airport dengan beg roda dia tu.

It was 3am when we got there.
Tapi budak ni dok cergas lagi sebab puas tido dalam flight.

On the first day, we all bawak Auni pegi Caversham Wildlife Park. Not very far from our homestay. Dalam 30-40 minutes je kot. It is a must to get there! Tiket masuk AUD28/adult, sangat berbaloi sebab activities kat dalam tu sangat menarik, binatang pun banyak and sporting, tak sedar pun dekat sekerat hari kitorang kat dalam tu. In fact wildlife park yang I penah pegi dekat area New South Wales pun tak best sangat macam kat sini. So I rasa berbaloi gila spent masa dekat sini.

Auni takut sikit dengan kangaroo semua ni.
Ye la, first time kot tengok binatang dekat-dekat camni.

She enjoyed doing all the walking.
Pantang bagi peluang, nak berlari je keja dia.

Inside one of their shows. Informative and entertaining!
With wombat yang kerja dia makan dengan poo poo. 


With koala. Ohh, my brother in-law and his wife pun join trip ni jugak.

Very nice weather that day. We totally love it!

This is how the park looks like. Very simple, shady, and all animals are very close to us.

Second day pulak kitorang pegi Pinnacles Desert. It took us more than two hours to get there, tapi penat perjalanan jauh tu automatik hilang bila sampai dekat sini. Bentuk muka bumi yang pelik, cantik, and very unique. Totally one of a kind and I seriously rasa macam dekat planet Mars! Walopon tak pernah pergi Mars, tapi I imagine cam gitu la rupa dia. hahaha. You will also get the chance to travel alongside the Indian Ocean. Subhanallah rasa kerdil sangat bila tengok Indian Ocean yang luas sejauh mata memandang tu.

Sunny and windy. What a perfect combination!

Auni with her shades on. I love you baby girl! 
 
May Allah bless our little family with more love and happiness

Too cute not to share here. :p
Yes people, ni la my husband yang konon gengster tu. He can also be a clown at times!
But I love you nevertheless sayang! 

A road trip in another country is not complete kalau takde sesi makan bekal.
Ketupat, sambal daging & sambal garing Ciknor jadi makanan paling sedap dalam dunia.

With my other half. Overlooking the Indian Ocean.
I want to travel the world with him. Even if we need to use a tongkat each. :p

I couldn't ask for more. They are the love of my life.

Third and fourth day pulak lebih kepada free and easy activities. Pagi tu kitorang jalan-jalan kat area Perth CBD yang sangat cantik tu. Pastu pegi Freemantle makan fish and chips yang super sedap. Perghhh hilang kempunan punya lama dok teringin nak makan fish n chips sedap. Akhirnya dapat jugak. Ni kalau teringin lagi sekali takkan nak kena pergi Aussie balik ni? Hmm, boleh kot, mana nak tau ada rezeki bawak adik Auni pulak nanti? kehkehkeh. Doakan la murah rezeki dapat baby lagi ye. Aminnnn.. :)


The Perth CBD at our back

Windy and sunny. I don't expect Perth to be that cold! Ingatkan panas macam Malaysia.
Sekali booleh tahan gigil jugak la. But I totally love it! Rindu gila kot nak sejuk-sejuk macam ni.

City view from King's Park

Near the blue boat house. Tak pegi situ sebab malas nak menapak dengan bawak budak kecik ni.

Ummi bagi chance Auni jadi favourite girlfriend Babah sekarang ni.

King's Park Botanical Garden.

Another city view from the King's Park

Tapi dalam banyak-banyak aktiviti, benda yang paling banyak kitorang buat adalah pegi Kmart. hahahaha. Almost everyday kot kitorang pegi. Padahal tak beli apa sangat pun. Just toys untuk Auni je pon. Tapi I rasa macam terapi gila bila dapat cuci mata kat situ. Semua barang yang kitorang aimed pulak besar sangat susah nak bawak balik. Sudahnya barang Auniiii jugak yang dapat. See how lucky you are Auni? Sebab tu Ummi and Babah marah kalau you sepah-sepahkan toys. Besar sikit lagi memang kena rotan kalau naughty tau!

Hari terakhir tu sempat jugak kitorang bawak Auni pegi jalan-jalan dekat playground dekat dengan rumah. tengok budak-budak main football. It was fun doing that since dekat Malaysia pun tak sempat nak buat tu semua. Satu sebab kekangan masa, lagi satu sebab panas berlengaih. hahahaha. Lagi satu, kitorang malas nak deal dengan golongan smokers yang mencemarkan alam kat taman permainan kanak-kanak. Niat di hati nak bawak anak main, sudahnya Ummi dengan Babah asyik jadi polis tegur orang yang merokok kat sana sini. Boring betoi macam tu. Yang kesiannya Auni la sebab kitorang jadi malas nak bawak sebab nanti asyik sakit hati. Meluat. :(

Mamai baru bangun tido. We wish to have longer time here.

Tenang gila dok sini. Simple playground, sebelah tu ada padang. Tak payah fancy-fancy pun.

Watching football.
Berani budak ni nak lari masuk dalam padang join abang-abang tu main.

It was very cold that night, but you seemed to enjoy it.
Nanti ada rezeki kita jalan-jalan Aussie lagi okay?

So, that's basically about it. I hope you enjoy looking at all the photos. Semoga Allah swt murahkan rezeki kita dapat peluang pegi jalan tempat lain pulak. I will try to write more in here okay. Nak tunggu print gambar-gambar ni semua dok tak nampak gaya lagi bila tu, so I guess my blog update will do for now. Till I see you again, tata! :)

No comments: